• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

Khamis, 25 Mac 2010

Stacy juara Akademi Fantasia 6


Gelaran Juara Akademi Fantasia 6 sah menjadi milik Stracie Angie Anam (Stacy), 18 pelajar dari Kota Kinabalu, Sabah setelah mendapat undian paling tinggi pada Konsert Akhir Akademi Fantasia 6 sebentar tadi.

Memecah tradisi, dia muncul pelajar pertama dari Malaysia Timur yang dinobatkan sebagai juara dalam sejarah AF. Pada malam ini Stacy menyanyikan lagu Bukan Di Sini nyanyian asal Rossa dan lagu baru, Aku Stacy.

Selaku juara, Stacy membawa pulang hadiah lumayan yang bernilai lebih RM700,000 iaitu sebuah kereta Peugeot 307 XS tajaan Nasim Sdn Bhd (RM139,535), sebuah banglo 4 bilik di A' Famosa Villa D'Lagos, Melaka (RM550,000), wang tunai RM25,000 sumbangan Hotlink, pakej percutian ke Itali, pakej percutian ke New York, produk Sony Playstation serta trofi.

Sementara itu, Mohamed Idris Mohd Zaizizi atau Riz, 22, dari Grik, Perak diumumkan sebagai sebagai naib juara musim ini dan membawa pulang sebuah kereta Naza Bestari (RM68,877), wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Itali, produk Sony Playstation dan trofi. Malam tadi Riz menyampaikan lagu 11 Januari (Gigi) dan lagu baru, Hanya Sandiwara.

Tempat ketiga menjadi milik Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan, 22, dari Kuala Pilah yang menyampaikan lagu Bukan Di Sini nyanyian asal Sofaz serta lagu baru, Ada Untukmu. Dia turuti membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, pakej percutian ke Itali, produk Sony Playstation dan trofi.

Khairul Nizam Baharom atau Toi, 31, meraih tempat ke-4 dan membawa pulang wang tunai RM5,000, pakej percutian ke Chiang Mai, produk Sony Playstation serta trofi. Toi yang berasal dari Johor Bahru, menyampaikan lagu Cinta Zulaikha (Mawi ) dan lagu baru, Panahan Asmara.

Nadia Haswani Hasnan atau Nadia, 18, sekadar berupaya menduduki tempat ke-5. Nadia menyampaikan lagu Aku Lebih Tahu (Mila) dan melodi terbaru berjudul Kalut Lagi Mengarut. Nadia yang beraksi lincah meraih wang tunai RM3,000, pakej percutian ke Chiang Mai, produk Sony Playstation serta trofi.

Berikut adalah kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

Stacy 43%
Riz 18%
Nubhan 14%
Toi 13%
Nadia 13%

Musim Akademi Fantasia 6 sudah berakhir. Tahniah kepada para pemenang. Teruskan menyokong pelajar-pelajar ini untuk terus berjaya dalam industri hiburan tanahair.

Rabu, 6 Januari 2010

Welcome!


Welcome to all Stacy Angie fanz, im creating this STACY ANGIE GALLERY blog just untuk sharing2 pictures2, articles, dan semua yang berkaitan STACY..

BTW, this blog still dalam pembikinan..

So hope you all enjoy...